Jenayah

Tiada Lesen Kesalahan Paling Tinggi Di Perlis

KANGAR: Tidak mempunyai lesen memandu adalah kesalahan yang tertinggi direkodkan di Perlis sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Sharul Azhar Md Dali, berkata sebanyak 1,898 saman sudah dikeluarkan pihaknya sehingga September lalu, di mana sebahagian besar yang melakukan kesalahan berkenaan adalah penunggang motosikal, lapor BH Online.

“Daripada lebih 4,000 saman yang dikeluarkan pada tahun ini, hampir separuhnya membabitkan kesalahan tidak mempunyai lesen memandu.
“Kesalahan ini bukan sahaja dilakukan golongan yang tidak berkelayakan seperti mereka yang berusia 16 tahun ke bawah, malah hingga ke peringkat orang dewasa juga turut sama tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Hari JPJ Bertemu Anda di JPJ Perlis, di sini, petang semalam.
Pada program yang dianjurkan selama dua jam itu, JPJ Perlis memberi peluang kepada orang ramai pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus atas pelbagai kesalahan.

Mengulas mengenai program itu, Sharul Azhar mengakui kurang mendapat sambutan orang ramai walaupun pihaknya sudah menguar-uarkan sejak seminggu yang lalu.

“Hebahan sudah dilakukan di media sosial serta di radio Perlis FM, namun jumlah mereka yang hadir kurang memberangsangkan.

“Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh datang lagi pada bulan berikutnya kerana kita merancang mahu menjadikan program ini aktiviti bulanan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengesahkan individu yang hadir membuat rayuan pengurangan kompaun pada hari ini terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan tiada lesen memandu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");