Jenayah

Tian Chua Keluar Penjara

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu (PKR) Tian Chua dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Tian Chua disambut penyokong sebaik beliau melangkah keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Beliau dipenjarakan menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 29 September lalu memetik laporan portal tempatan.

Ia berkaitan pertuduhan enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, sehari selepas perhimpunan Bersih 3 pada 2012.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");