Perak Hari Ini

Tingkat Kesedaran Untuk Pemuliharaan Alam Sekitar 

IPOH: Masyarakat disaran untuk mempertingkatkan kesedaran berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berteraskan  pembangunan lestari.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap berkata, perkara itu diberi penekanan apabila kelestarian alam sekitar terbukti banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.

“Banyak perkara yang pastinya boleh pelajari daripada alam, banyak khazanah-khazanah yang boleh kita gunakan untuk kebaikan manusia sejagat.

“Oleh itu, tanggungjawab ke atas alam sekitar tidak hanya diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata malahan perlu menjadi tanggungjawab semua masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2017 Peringkat Negeri di KPJ Ipoh Specialist Hospital di sini, hari ini.

Beliau berkata, JAS selaku agensi yang melaksanakan tanggungjawab ke atas pemuliharaan alam sekitar telah banyak menjalankan usaha bersepadu dalam memastikan ia sentiasa terpelihara.

“JAS berperanan sebagai penyebar maklumat, kemahiran dan idea-idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghayatan persekitaran alam semulajadi secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, kejayaan pembangunan alam secara lestari hanya boleh diukur daripada kerjasama bersepadu yang dijalankan pelbagai pihak melalui bidang tugas masing-masing.

“Justeru itu, adalah menjadi harapan saya supaya tumpuan berterusan perlu diberikan semua pihak terutama generasi muda yang bakal menjadi tonggak mewarisi kepimpinan negara satu hari nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, teks ucapan tersebut kenyataan tersebut telah dibacakan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Perak, Mohammed Nasser Abdul Razak.

Jelasnya lagi kehidupan yang berteraskan kelestarian alam sekitar juga mampu mengelak pembaziran tenaga elektrik, mengurangkan penghasilan bahan buangan dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");