Berita Hari Ini

Tony Fernandes Berkahwin

KUALA LUMPUR: Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Cote d’Azur, Perancis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Menurut laporan BH Online, New Straits Times dikatakan memperoleh gambar pasangan pada majlis itu.

Tony kelihatan segak memakai suit tiga lapis manakala isterinya menawan dengan gaun putih panjang.

Pasangan itu dikatakan bercinta lebih daripada dua tahun sebelum bernikah semalam.

Tidak banyak diketahui mengenai Chloe, 20-an, walaupun beliau dikatakan mempunyai personaliti menarik dan disukai ramai.

Malah, nama keluarganya juga hanya diketahui keluarga dan teman rapat.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");