Isu Panas

Tragedi Tanah Runtuh Pulau Pinang: Guan Eng Tidak Prihatin Sebabkan 11 Maut

AKTIVIS Persatuan Pemikir Muda Johor, Fikri Allaudin menganggap kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak projek pembinaan rumah mampu milik kendalian pemaju swasta di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, mungkin dapat dielakkan jika Guan Eng mengambil serius terhadap aduan beberapa pihak berkenaan projek tersebut.

Menurut beliau, akibat ketidakprihatinan Guan Eng terhadap pencabulan alam sekitar telah menyebabkan 11 pekerja maut akibat tertimbus.

Katanya, sebelum ini, permasalahan terhadap pencabulan kepada alam sekitar ini telah disuarakan wakil penduduk dan NGO, Teh Yee Cheu.

Yee Cheu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP telah menentang dari meneruskan projek tersebut malangnya, ia langsung tidak dipeduli Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng.

“Jika wakil rakyat DAP sendiri bersuara, tidak dipandang oleh Guan Eng, apatah lagi rakyat bukan (ahli) kerajaan (negeri) yang sering kali bersuara tentang (berkenaan) kebajian dan permasalan di negeri ini? Lagilah tidak akan dipandang,” katanya.

Fikri juga berkata, projek pembangunan tersebut jelas tidak mematuhi garis panduan dan spesifikasi pelan pembangunan di kawasan tanah bukit yang melebihi ketinggian 75 meter.

Katanya lagi, sebarang pembangunan yang tidak selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020, sepatutnya tidak boleh diluluskan.

“Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP) juga telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan kelulusan projek di Lembah Permai kononnya ia telah telah mematuhi Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi (NRE 2005).

“Bagaimana pihak PBT boleh meluluskan projek ini walhal Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menolak pemohonan untuk projek ini pada 23 Januari 2015 tetapi malangnya ia diluluskan juga PBT pada 10 Februari 2015?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fikri juga berkata, sehingga kini tiada langsung kenyataan permohonan maaf daripada ketua menteri tehadap tragedi ini.

“Ketika pelbagai bantuan yang sedang disalurkan oleh pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan pusat termasuk dengan menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), seperti biasa Lim Guang Eng pastinya mahu lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.

“Sungguhnya kejadian ini merupakan satu balasan dan ingatan daripada alam kepada Lim Guan Eng dan kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Balasan di atas kerakusan menarah lereng-lereng bukit hinggakan mencederakan sifat bukit sebagai paru-paru bumi kerana rakusnya mengejar pembangunan yang tidak terkawal ini,” katanya.

Fikri juga dalam kenyataan tersebut menggesa agar Guan Eng melepaskan jawatanya akibat kecuaian pentadbirannya sehingga menyebabkan kematian.

Kejadian ini merupakan kali ke tiga dalam tempoh dua bulan di mana penduduk di George Town mengalami kejadian terburuk dalam sejarah selepas banjir kilat terburuk (15 September 2017), dan sehingga menyebabkan jalan utama ke Balim Pulau dan George Town terhalang akibat pokok tumbang (21 September 2017).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");