Berita Hari Ini

Tun Abdullah Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

ARAU – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah pada Istiadat Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, esok.

Menurut Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor universiti itu telah berkenan untuk menganugerahkan ijazah tersebut kepada Abdullah pada sidang pertama konvokesyen.

Katanya anugerah itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa bekas perdana menteri kelima itu khususnya dalam pembangunan modal insan serta mementingkan kualiti modal insan yang digambarkan melalui slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

“Bagi Abdullah, kualiti Cemerlang, Gemilang dan Terbilang merupakan satu tahap pencapaian unggul yang perlu dijadikan matlamat dan hala tuju pembangunan modal insan secara individu dan kolektif,” katanya pada sidang akhbar khas sempena konvokesyen UniMAP hari ini memetik laporan Bernama.

Zul Azhar berkata pada konvokesyen itu, seramai 3,180 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk 35 graduan antarabangsa yang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah.

Katanya seramai 103 graduan antarabangsa dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan iaitu dari Yemen, Somalia, Syria, Sudan, Uzbekistan, Myanmar, Bosnia, Palestin, Cameroon, Chad, Eritrea, Indonesia, Iraq, Jordan, Nigeria dan Pakistan bakal menerima ijazah mereka.

Seramai 161 pelajar ijazah sarjana berjaya menamatkan pengajian dengan kelas pertama, katanya dan menambah Istiadat konvokesyen itu turut menyaksikan kohort pertama 136 graduan Komunikasi Media Baharu dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) akan menerima ijazah masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");