Isu Panas

‘Tun Mahathir Bukan Crowd Puller’

SHAH ALAM – Himpunan anti kleptokrasi yang tidak mendapat sambutan di Padang Timur, Petaling Jaya kelmarin membuktikan kegagalan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘crowd puller’.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, himpunan itu dianggap gagal dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan ia jelas tanpa penyertaan Pas, bilangan peserta yang dianggar 100,000 jauh lebih kecil.

“Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Keptokrasi gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal, apabila Pas memulaukannya. Nampak sangat Tun Mahathir bukan crowd puller,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Puad berkata, kehadiran orang ramai yang sedikit itu disedari pemimpin pembangkang lalu mengelak daripada menjawab pertanyaan media, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

“Kesian Mat Sabu (Mohamad Sabu). Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai.

“Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah,” katanya.

Menurutnya, Dr Mahathir gagal menarik orang ramai, malah ucapannya hambar sehingga ramai yang berlalu pulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");