Jenayah

Ucapan Tun M: Persatuan Bugis Lapor Polis

JOHOR BAHRU: Persatuan Bugis Johor membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkan menghina dan rasis.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad, berkata kenyataan Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyrakat Bugis di Malaysia dan Nusantara, yang dianggarkan seramai enam juta orang.

“Kita mengutuk kenyataan biadap Tun Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun. Kita sudah membuat dua laporan polis dan akan diikuti beberapa laporan lagi supaya Tun Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka,” katanya, menurut laporan BH Online.

Beliau mengulas ucapan Dr Mahathir pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu, yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bugis Kota Tinggi, Abd Kader Basok, 61, membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam laporannya, beliau berkata, Dr Mahathir dan pakatan pembangkang perlu segera memohon maaf kepada masyarakat keturunan Bugis di negara ini.

“Ucapan Tun Dr Mahathir bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keharmonjan dan keamanan dalam negara.

“Bahkan beberapa sultan di Malaysia juga berketurunan Bugis.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun Dr Mahathir mengikut Akta Hasutan demi keharmonian dan keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");