Sukan Hari Ini

V Shem, Wee Kiong Pamer Prestasi Positif

SELEPAS hampir sebulan dipisahkan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini mula menunjukkan perubahan positif bersama pasangan baharu masing-masing menjelang Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Perancis, akhir bulan ini.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit berkata, kedua-dua pemain itu mempamerkan peningkatan dan kesungguhan sewaktu sesi latihan bersama gandingan baharu mereka dalam usaha untuk kembali beraksi pada tahap terbaik.

Bagaimanapun,menurut laporan Bernama, Soon Kit enggan letak sasaran ke atas V Shem yang kini bergandingan dengan Teo Ee Yi manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin, walaupun akui mahu melihat kejutan tercipta pada kejohanan yang bermula pada 24 hingga 29 Oktober ini.

“Sehingga hari ini, mereka berdua menunjukkan perubahan positif iaitu kesungguhan untuk perbaiki kelemahan individu serta meningkatkan prestasi dalam gandingan baharu masing-masing. Bagi saya ia petanda baik tetapi penilaian lanjut tetap akan dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");