Perak Hari Ini

Video Kes Ragut Viral, Dua Lelaki Ditahan

IPOH: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dengan video kes ragut di Chemor, Ipoh, yang viral di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata video berdurasi 57 saat itu menunjukkan lelaki menghampiri wanita dari belakang sebelum meragut rantai leher mangsa di depan rumah di Desa Chemor Permai, Chemor di sini.

Berikutan itu polis telah menahan dua lelaki dipercayai boleh membantu siasatan dalam kes berkenaan.

“Suspek pertama ditahan semalam dan direman tujuh hari hingga Khamis ini. Suspek kedua ditahan hari ini. Dia direman empat hari.

“Kedua-duanya berusia lingkungan 30-an. Mereka ditahan bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek masing-masing mempunyai satu rekod jenayah membabitkan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Chang Keong berkata, mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai kerani dipercayai baru pulang ke rumah dari tempat kerja, pada kira-kira 7 petang, Rabu lalu.

“Setiba dia di depan rumah, suspek datang dari belakang dan menarik rantai leher mangsa dan mangsa bertindak melawan lalu terjatuh sebelum menjerit minta tolong.

“Sebaik suami mangsa keluar dari rumah, suspek yang tidak sempat mengambil barang kemas itu melarikan diri menaiki motosikal bersama rakannya,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");