Membawang Hari Ini

VIP Melamar Emma Maembong?

PETALING JAYA: Belum reda isu putus cinta aktor Kamal Adli dengan kekasihnya Emma Maembong, timbul pula dakwaan aktres itu sebenarnya sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan.

Lebih mengejutkan, portal Suria FM pada Rabu melaporkan satu dakwaan kononnya Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong, 25, sudah dilamar seorang VIP bergelar Datuk.

Menurut sumber laporan daripada mStar Online, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Salim Rahman mula rapat dengan Emma sejak beberapa bulan lalu.

Dedah sumber itu lagi, Salim adalah seorang duda anak dua malah baharu sahaja bercerai dengan isterinya dua minggu lalu selepas enam tahun membina rumah tangga.

Sementara itu, menerusi Instagram Emma pada 4 Oktober lalu, dia pernah memuat naik gambar bersama Salim ketika menghadiri karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah.

Menguatkan lagi tekaan itu apabila seorang pengikut meninggalkan komen dengan mendakwa pemuda itu ialah teman lelaki Emma.

Dalam pada itu mStar Online berjaya menghubungi duda yang dikaitkan dengan Emma itu dan dia mengakui mempunyai hubungan dengan aktres tersebut.

Salim yang mulanya terkejut menerima panggilan itu melayan dengan baik namun enggan memberi banyak komen kerana sibuk untuk bertemu seseorang.

“Ya… saya kenal Emma tapi hubungan kami sekadar kawan baik sahaja,” ujarnya ringkas sebelum memohon menamatkan perbualan.

Terdahulu, dunia hiburan pada Rabu dikejutkan apabila Emma Maembong mendedahkan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus.

Keretakan hubungan tersebut juga dikaitkan dengan pelakon Duda Pujaan Dara iaitu Zahirah MacWilson.

Bagaimanapun, Zahirah yang berang namanya dikaitkan tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal Adli bagi membersihkan nama dan imej yang dikatakan menjadi orang ketiga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");