Perak Hari Ini

Warga Kota Diseru Terus Ceriakan, Promosikan Little India

IPOH: Warga Ipoh diseru agar terus berusaha untuk menceriakan dan mempromosikan Little India di sini bersama-sama dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man berkata kawasan berkenaan merupakan salah satu ikon pelancongan Ipoh dan Perak secara amnya di mana ia seringkali dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

 

“Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali ini, kita bawakan peniaga-peniaga ke Little India untuk menyediakan bekalan-bekalan perayaan kepada orang ramai seperti pakaian, kuih-muih dan perhiasan rumah.

“Untuk pencahayaan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah tingkatkan bukan sahaja di sini, malah pada seluruh bandar raya di mana usaha ini telah berjalan semenjak empat minggu lepas,” katanya.

 

Tambah beliau, MBI juga turut mengalakkan pihak-pihak swasta, penganjur expo jualan sambutan Deepavali dan pemilik kedai agar turut sama-sama meraikanya dengan menceriakan premis-premis perniagaan mereka dengan lampu-lampu yang ceria.

“Anggap ia seperti rumah kita kerana jika di luar negara, kebiasaanya penambahan terhadap pencahayaan ini dilakukan menerusi inisiatif peniaga itu sendiri tanpa mengharapkan usaha mana-mana pihak.

“Kita juga berharap kemudahan yang disediakan terhadap punca-punca eletrik seperti plag, soket dan sebagainya dapat digunakan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Khas MBI bersempena dengan Sambutan Hari Deepavali 2017 di Dewan Bandaran Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, dekat sini, pada Khamis.

Pada masjlis berkenaan turut diadakan sesi pemberian saguhati kepada Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), warga kerja MBI, termasuk para media yang hadir.

Pada sebelah petang, akan diadakan progam Sekalung Budi di mana ia akan meraikan 100 orang kurang bernasib baik yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");