Berita Hari Ini

Wartawan Malaysia Ditahan Di Myanmar

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang wartawan wanita warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat (27 Okt) kerana dikatakan melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Nay Pyi Taw tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Ahad, Mok Choy Lin, yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT), ditahan bersama-sama dengan seorang warganegara Singapura dan seorang rakyat tempatan di negara itu.

Menurut laporan Bernama, Mereka kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon sedang memantau perkembangan kes itu dan akan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

Satu portal berita pada Ahad melaporkan bahawa pihak berkuasa Myanmar menahan dua wartawan masing-masing dari Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk merakam gambar.

Menurut laporan itu, Kementerian Penerangan Myanmar memaklumkan bahawa kedua-dua wartawan itu mahu merakam gambar bangunan Parlimen dan pagoda di Nay Pyi Taw apabila pengawal keselamatan mengesan perbuatan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");