Perak Hari Ini

WCE Bakal Beri Impak Positif Kepada Ekonomi Lekir

MANJUNG: Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang dijangka siap tahun hadapan bakal memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan Lekir.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa perancangan akan dilakukan berdasarkan kepada keperluan dan kelebihan kawasan tersebut agar dapat membangun dengan baik.

“Kawasan ini merupakan salah satu daripada 12 Pekan Kecil yang kita wujudkan di seluruh Perak dan setakat ini ia menunjukkan perkembangan yang baik dari segi kegiatan ekonomi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata negeri ini juga bakal menerima lagi 36 Pekan Kecil yang bakal dibangunkan dari semasa ke semasa.

Ujarnya inisiatif yang telah berjalan selama tiga tahun itu mengambil kos RM2.5 juta, secara purata.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dataran Amanjaya Lekir, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid serta ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");