Sukan Hari Ini

Zahid Suntik Semangat Skuad Hoki

DHAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berada di sini untuk kunjungan rasmi mengadakan pertemuan dengan pasukan hoki kebangsaan negara yang sedang bersaing dalam Piala Asia.

Dalam pertemuan di hotel Pan Pacific Sonargaon, Zahid berkesempatan memberi amanat dan memberi imbuhan AS$10,000 (RM42,000) kepada pasukan kebangsaan.

Pasukan itu dalam misi ingin menjuarai Piala Asia buat kali pertama dalam sejarah dan sumbangan berkenaan menjadi tonik terbaik selepas mendapat tempat ke Piala Dunia 2018.

Zahid berkata, beliau berharap pasukan hoki kebangsaan dapat muncul juara dan menaikkan semula nama hoki negara dalam saingan itu.

Malaysia akan turun dalam perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Oman esok sebelum meneruskan kempen pada peringkat round robin.

Dalam perlawanan kumpulan sebelum ini, pasukan bimbingan Stephen Van Huizen itu beraksi cemerlang membelasah China 7-1 dan menundukkan juara bertahan Korea Selatan 2-1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");