Jenayah

18 Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan

SUNGAI PETANI: Seramai 18 warga asing termasuk seorang lelaki berperwatakan wanita diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi disyaki untuk dijadikan hamba seks dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tunku Haminah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata individu yang diselamatkan adalah 10 warga negara Thailand, Laos (6) dan Vitenam (2) yang berusia 20 hingga 30 tahun.

Dalam serbuan yang sama, polis turut menahan empat individu yang disyaki menjadi penjaga premis berkenaan.

“Dalam serbuan yang dijalankan pihak polis merampas beberapa peralatan yang digunakan di dalam pusat hiburan itu dan juga beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan bagi membawa wanita warga asing ke pusat hiburan terbabit.

“Pusat hiburan itu juga gagal mengemukakan sebarang lesen hiburan dan dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Dalam pada itu, katanya semua tangkapan di tahan reman selama enam hari bermula semalam bagi tujuan siasatan.

Manakala, warga asing yang diselamatkan dikeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) dan dihantar ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur dan Melaka selama tempoh siasatan dijalankan.

Saifi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");