Jenayah

3 Lagi Pusat Pemindahan Baharu Dibuka Di Kedah

ALOR SETAR – Tiga lagi pusat pemindahan dibuka di daerah Kubang Pasu menjadikan kesemuanya empat dengan mangsa banjir terus meningkat kepada 496 setakat 8 pagi ini berbanding 219 petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kamarulzaman Kasa dalam satu kenyataan berkata pusat pemindahan yang baharu dibuka ialah di Surau Kampung Betong, Surau Kampung Tebing dan Kampung Lahar.

“Pusat pemindahan Surau Kampung Betong menempatkan seramai 94 mangsa daripada 18 keluarga, Surau Kampung Tebing seramai 67 mangsa daripada 17 keluarga dan Kampung Lahar seramai 100 mangsa daripada 22 keluarga.

Manakala pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka semalam menempatkan 235 mangsa daripada 59 keluarga, katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");