Jenayah

3 Maut Lori Bertembung Treler

SEGAMAT: Tiga maut dan dua cedera apabila sebuah lori bertembung dengan sebuah treler di Jalan Pulapol (Jalan Pintasan Segamat), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, pemandu lori, Rahmani Warni, 58, bersama dua penumpang iaitu Amir Hassan, 30 dan Eriman Yaatim meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Menurut laporan BH Online, pemandu treler, M Abimanan, 27 dan penumpangnya, S Rajeswary, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori berkenaan yang dari arah Batu Anam ke Bandar Segamat hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu treler cuba mengelak ke bahagian kanan jalan, namun tidak berhasil .

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di jalan selekoh dengan lorong dua hala, selain terdapat garisan berkembar.

“Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan berat terbabit remuk,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Raub berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasa, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Segamat untuk pemeriksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");