Perak Hari Ini

31 Penerima Anugerah Sempena Keputeraan Sultan Perak

IPOH: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman mendahului senarai 31 penerima Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-61, hari ini.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran telah disempurnakan oleh Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri, turut dianugerahkan kepada Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil.

Majlis bermula dengan keberangkatan masuk Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut mengiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa;Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa kemudiannya menghadap mempersembahkan ucapan tahniah bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mewakili kerajaan dan rakyat turut menghadap mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia.

Baginda juga menganugerahkan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Seramai 23 individu menerima gelaran Datuk membabitkan tiga bagi Darjah Dato Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) dan 20 bagi Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Empat lagi menerima Darjah Dato Pahlawan Taming Sari (DPTS), membawa gelaran Datuk Pahlawan iaitu dua EXCO kerajaan Perak, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd, Datuk Kamarulbahrin Zainuddin.

Empat penerima DPTS, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor; Ketua Cawangan Khas Perak, Senior Asisten Komisioner Mazlan Santarai; pakar pergigian Markas Angkatan Tentera, Mej Jen Dr Borhan Jasmin serta Asisten Ketua Staf Material Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Laksamana Muda Mohammed Ariff Mahru.

Empat menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 28 menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 10 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 92 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 96 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");