Perak Hari Ini

4,217 Outlet Francais Tempatan Tembusi Pasaran Luar Negara

IPOH:Sektor francais negara berada pada tahap membanggakan berikutan sejumlah 65 buah syarikat francais tempatan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke 66 buah negara serta mewujudkan sejumlah 4,217 outlet di seluruh dunia.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong, perniagaan francais menunjukkan perkembangan yang baik apabila berjaya menembusi pasaran dunia terutamanya di negara Asean seperti Indonesia, Filipina dan China.

“Kita akan terus mempromosikan lagi perniagaan ini supaya ia dapat diperluaskan lagi di luar negara termasuk pemberian bantuan kewangan kepada syarikat yang berpotensi untuk diketengahkan,” katanya selepas merasmikan Forum keusahawanan sempena Hari Francais 2017 di hotel Casuarina@meru di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil kepada 11 penerima iaitu francaisor dalam pelbagai sektor yang didaftarkan dibawah pendaftar Francais KPDNKK.

Sementara itu menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK, Siti Aisah Ismail, para usahawan dikenalpasti menerusi program keusahawan yang dianjurkan dan produk yang melalui program Business In Transformation (B.I.T) anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

“Kita tidak bergantung kepada outlet kedai sahaja tetapi menggalakkan usahawan menggunakan pendekatan Mobile Franchise yang menjadi satu trend zaman ini malah kos sewaan premis dapat dikurangkan dan skala yang lebih kecil menerusi mikro dan makro.

“Pada permulaan mereka boleh menggunakan francais Mikro dan setakat hari ini dari segi pendaftaran sebanyak 844 peniaga telah berdaftar dan dijangka meningkat sebanyak 1,000 usahawan menjelang tahun 2020,” katanya.

Katanya lagi, pendekatan promosi melalui media sosial perlu dimanfaatkan kerana pencapaian dan tempahannya kelak lebih meluas.

“Antara jenama francais tempatan yang dapat diterima dengan baik di luar negara melibatkan industri makanan seperti Papa Rich, MarryBrown dan sebagainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");