Berita Hari Ini

Pilihan Raya Palestin Akhir 2018

KAHERAH: Kumpulan-­kumpulan serpihan di Palestin bersetuju supaya pilihan raya diadakan pada akhir 2018 dan memuji perjanjian penyatuan bagi menamatkan sengketa antara Fatah dan Hamas yang telah lama berlarutan.
Persetujuan mengenai pilihan raya itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama selepas perbincangan ter­tutup selama dua hari yang dihadiri 13 wakil pemimpin parti politik utama, lapor Kosmo!.
Kumpulan-kumpulan serpihan mencadangkan supaya suruhanjaya pilihan raya melakukan persediaan untuk mengadakan pilihan raya Pre­siden dan Parlimen yang akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun depan.
Mereka turut meminta Presiden Palestin, Mahmud Abbas menetapkan tarikh pilihan raya yang sesuai selepas berbincang dengan semua pihak.
Puak-puak itu turut memuji perjanjian penyatuan yang dimeterai antara dua parti politik terbesar Palestin, Hamas dan Fatah pada Oktober lalu.
Perjanjian tajaan Mesir itu bertujuan untuk menamatkan perbalahan selama 10 tahun antara kedua-dua pihak dan meminta Hamas menyerah­kan kuasa di Genting Gaza kepada Fatah menjelang 1 Disember ini.
Kenyataan itu turut menyebut perdamaian antara Hamas dan Fatah merupakan permulaan realistik untuk menamatkan perpecahan dalam kalangan rakyat Palestin.
Pilihan raya parlimen tidak diadakan di Palestin sejak Hamas mengambil alih kuasa di Gaza daripada Fatah pada 2007.
Parti Fatah mengetuai pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Pemimpin Palestin dan antara­bangsa berharap perjanjian damai Fatah-Hamas dapat meringankan beban dua juta penduduk Gaza yang mende­rita akibat kemiskinan teruk dan pe­ngangguran.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");