Berita Hari Ini

95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

“Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?

“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 – Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.

“Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.

“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.

“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.

“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih,” katanya.

Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.

“Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?

“Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");