Membawang Hari Ini

Achey Tak Sangka Dapat Sejuta Tontonan

PELAWAK Achey terharu apabila video lirik lagu Yang Terindah nyanyiannya mencapai jumlah tontonan sebanyak sejuta hanya dalam masa seminggu dilancarkan di YouTube.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 31, berkata, dia tidak menyangka namun bersyukur percubaan sulungnya dalam bidang nyanyian mendapat maklum balas positif daripada peminat.

“Alhamdulillah, saya terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat kerana ini percubaan pertama saya sebagai penyanyi.

“Saya pun tak sangka ia akan mencapai jumlah tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat,” katanya lapor mStar Online.

Lagu itu juga kini berada di tangga ke-11 dalam carta trending YouTube Malaysia.

Menurut Achey, lagu Yang Terindah mengangkat kisah perkahwinannya yang kini memasuki usia enam tahun dan ia didedikasikan khas buat isteri tercinta, Nur Hasanah Yahya.

“Selain mengenai rumah tangga saya, lagu ini juga mempunyai maksud yang cukup luas.

“Ia bukan sekadar mengenai cinta kepada manusia semata-mata, malah merangkumi banyak perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Achey berharap peminat menyokong lagu tersebut dengan membuat permintaan agar Yang Terindah dimainkan di stesen radio tempatan.

Ini kerana tugasnya sebagai deejay di Era FM bukan jaminan bahawa lagu nyanyiannya itu akan diputarkan di stesen radio tersebut.

“Walaupun saya bergelar deejay bersama di Era FM, jangan ingat lagu saya akan mendapat laluan mudah untuk dimainkan.

“Saya perlu melalui proses yang sama dan memerlukan permintaan pendengar sebelum lagu tersebut dimainkan di radio,” jelasnya.

Menurut Achey, lagu Yang Terindah mengambil masa enam bulan untuk disiapkan hasil gubahan Zimi dari kumpulan Sofazr.

Sementara itu, rata-rata peminat menyukai dan memberi komen positif mengenai lagu itu.

Ramai tertarik dengan lagu itu yang disifatkan bukan sekadar lagu cinta biasa kerana ia mampu mengingatkan mereka kepada kebesaran dan keagungan Tuhan.

“Kali pertama dengar lagu ini, liriknya mengagungkan Allah, hakikat hidup hanya perlu ada satu cinta yang hakiki.

“Lagu Yang Terindah membuat kita mengingati sang Pencipta, kasih yang terindah. Sangat mendalam liriknya,” tulis peminat di ruangan komen di Youtube.

Malah mereka turut memuji keupayaan Achey dan tidak menyangka pelawak itu mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");