Sukan Hari Ini

‘Ada Cara Berhenti Merokok’

KUALA LUMPUR: Mana-mana atlet Program Podium yang merokok digalakkan berjumpa pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha meninggalkan aktiviti tidak sihat itu.

Pengarah Unit Agensi Antido­ping Malaysia (Adamas), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, pintu ISN sentiasa terbuka untuk membantu atlet yang ingin berhenti merokok, dengan namanya tidak akan sesekali didedahkan.

“Semasa saya di ISN, ada atlet yang pernah berjumpa dengan saya untuk mendapatkan khidmat dan cara untuk berhenti me­rokok.

“Saya yakin ada atlet yang di luar sana merokok tetapi tidak tahu cara untuk berhenti.

“Ya, saya faham untuk berhenti memang sukar. Tapi ini adalah tanggungjawab sebagai seorang atlet.

Tiada atlet yang menang atau pun menjadi juara dunia di­sebabkan rokok.

“Jadi, mana-mana atlet yang ingin berhenti merokok, anda digalakkan berjumpa n pegawai perubatan ISN sebab mereka ramai pakar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menegaskan semua atlet yang disenaraikan di bawah Program Podium wajib menjalani ujian sa­ringan merokok, satu kriteria baharu yang disenaraikan dalam kontrak bermula 2018.

Jelasnya, semua atlet akan diminta melakukan ujian tertentu bagi mengesan sama ada mereka merokok dan tidak ada yang akan dikecualikan.

Tambah Abdul Azim, ujian saringan merokok dijadikan satu daripada kriteria pemilihan atlet selaras matlamat program yang mahu melahirkan atlet Malaysia yang konsisten dan lestari.

Ketika ditanya adakah perlu zon larangan merokok di KL Sports City dikuatkuasakan, Ramlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif ISN berkata, ia tidak mustahil akan berlaku, namun ia agak mencabar untuk dilaksanakan.

“Kita perlukan kerjasama yang mana ia mesti selari dengan konsep KL Sports City, yang mana ia diwujudkan bagi menyokong ­aktiviti sihat dan aktiviti kekeluar­gaan.

“Kalau nak kuatkuasakan kawasan KL Sports City bebas rokok bukan mustahil tetapi untuk merealisasikan perkara tersebut adalah sangat mencabar sebab memerlukan kerjasama antara semua pihak,” jelasnya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");