Isu Panas

“Ada Kelainan Dalam Kepimpinan MCA” – PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa kepimpinan yang ada dalam parti MCA ketika ini mempunyai kelainan yang mampu membawa perubahan dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini selain menjamin kestabilan jentera komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau yang merasmikan Perhimpunan Agung MCA kali ke-64 di Wisma MCA di sini hari ini turut memuji kesetiaan dan kesatuan dalam kalangan ahli parti terhadap BN dan yakin ia adalah hasil keyakinan terhadap apa yang telah dijanjikan dan diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat Cina.

“Kita tidak jual janji, kita juga tidak caci maki atau cerca sesiapa. Kita telah tunjukkan pencapaian kita yang memberangsangkan. Tetapi apa yang Pembangkang buat? Pembangkang hanya tahu buat u-turn habis-habisan. Sebaliknya kita perlu rasa nadi rakyat dan kita mahukan pencapaian sebenar,” kata beliau dalam ucapannya menurut laporan Astro Awani.

Perdana Menteri juga menegaskan betapa pentingnya kestabilan dalam parti komponen BN dan selaku Pengerusi BN beliau sentiasa terbuka mendengar keperluan mereka.

“Kita ada 13 adik-beradik yang perlu kita jaga. Baik kaum Cina dan juga kaum-kaum yang lain. Pemimpin MCA telah jumpa saya sebelum ini dan menyatakan bahawa masyarakat Cina perlukan penambahan sekolah, mereka telah datang jumpa saya dengan amat sopan.

“Ia bukanlah kerana pilihan raya. Tengoklah rekod, saya dah pernah buat sebelum ini masa saya jadi menteri dulu,” katanya.

Malah jelas beliau telah ramai cerdik pandai telah dilahirkan menerusi transformasi pendidikan dalam kalangan masyarakat Cina terutamanya menerusi pewujudan institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Tunku Abdul Rahman dan lain-lain, termasuklah mereka di kalangan pemimpin pembangkang.

Beliau juga menyarankan agar kesemua ahli-ahli parti MCA supaya terus bersatu dalam parti dan tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang tidak mempunyai asas yang kukuh dan mengamalkan hipokrasi sesama mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");