Jenayah

Adik Tikam Mati Abang Direman 7 Hari

SEREMBAN: Adik Ketua Pemuda UMNO Kampung Nyatoh, Kuala Sawah di sini, yang dipercayai menikam abangnya itu sehingga mati, semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata tempoh reman terhadap suspek berusia 31 itu tahun, bermula hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang juga seorang penganggur itu dipercayai mengamuk dan menikam abangnya menggunakan pisau di halaman sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kuala Sawah, di sini, semalam.

“Lelaki itu kemudian ditangkap beberapa jiran yang datang membantu. Mereka turut merampas sebilah pisau serta sebatang besi penggali tanah daripadanya,” katanya di sini, hari ini, lapor BH Online.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, Nor Haidi Mat Yusof, 40, ditikam selepas terbabit dalam pergelutan dengan adiknya di rumah ibu mereka.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Abang sulung mangsa, Nor Azmi, 42, berkata suspek dipercayai marah kerana Nor Haidi cuba memeriksa telefon bimbitnya untuk mengetahui kandungan mesej serta orang yang berhubung dengannya berikutan perubahan drastik yang berlaku terhadap adik mereka itu.

Katanya, mangsa mahu memeriksa telefon bimbit itu kerana ahli keluarga mereka bimbang suspek terpengaruh dengan kegiatan bercanggah dengan agama apabila mendapati dia kelihatan taasub kepada amalan tertentu sejak bulan lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");