Perak Hari Ini

Adun DAP Buat Kecoh Sidang DUN Perak, Dihalau Dari Dewan

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), dikenakan tindakan keluar dewan oleh Yang DiPertua Dewan Negeri, Datuk Thangasvari Suppiah, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tindakan itu dilakukan Thangasvari mengikut Perintah Tetap (44) selepas berlaku kekecohan dan pertikaman lidah antara beliau dan Chuan How, serta ADUN pembangkang lain selama kira-kira 20 minit.

“Disebakan anda tidak mengikut arahan, dan Yang Berhormat (YB) Pasir Pinji membuat huru-hara, saya mengarahkan YB keluar dari dewan, sehingga tamat persidangan pada hari ini,” kata Speaker selepas Chuan How berkeras mahu membentangkan usulnya serta tidak mahu meninggalkan dewan seperti diarahkan.

Chuan How ingin mengemukan usul berkaitan tindakan ADUN Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya dan pihak pembangkang pada sidang DUN, Jumaat lalu.

Menurutnya, beberapa akhbar tempatan juga telah melaporkan perkara berkenaan, pada Sabtu.

 

Walau bagaimanapun, usul beliau ditolak kerana menurut speaker, perkataan yang didakwa ADUN pembangkang itu tidak tercatat dalam hansard.

“Saya menerima usul tersebut tersebut, namun, ianya terpaksa ditolak, kerana selepas kita rujuk kepada hansard, tiada perkataan kesat disebutkan ADUN Slim tempoh hari,” tegas Speaker.

ADUN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) bangkit dan berkata sebarang kenyataan daripada penerbitan luar selain daripada hansard tidak boleh dijadikan hujah, mengikut perintah tetap 23 (1) (i).

Kekecohan dewan terus berlaku apabila ADUN Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (AMANAH-Changkat Jering) mendakwa bahawa hansard tersebut masih berada dalam kondisi draf dan ia bukanya muktamad.

ADUN Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN- Kamunting) kemudianya bangun dan berkata, menurut amalan parlimen-parlimen komanwel, hansard berada pada tahap teringgi daripada penerbitan luar yang lain.

Sementara itu, ADUN Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) mempersoalkan tindakan pembangkang yang membangkitkan isu tersebut pada hari ini, dan bukanya pada ketika ia berlaku, seperti didakwa.

“Masa perbahasana lalu, ketika ADUN Slim berucap, kalau benar ada perkataan kesat yang dikeluarkan, kenapa disebelah sana tidak ada yang membantah?

“Saya berada di sebelah ADUN Slim sendiri tidak dengar kata-kata tersebut (seperti yang didakwa,” tegasnya.

Mohammad Zahir, sebagai EXCO, kemudiannya mengusulkan agar ADUN DAP itu digantung perkhidmatanya sebagai Ahli Dewan untuk hari ini dan ianya disokong oleh semua ADUN kerajaan.

Selepas Chuan How diusung keluar oleh Bentara Dewan, semua ADUN pembangkang turut bertindak keluar dewan, kecuali tiga ADUN PAS.

Sejurus itu satu sidang media dilakukan dan mereka mendakwa Speaker telah menyalahgunakan kuasanya atas tindakan mengeluarkan ADUN DAP itu.

Mereka juga mendakwa Thangasvari harus meletakkan jawatan atas tindakan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");