Membawang Hari Ini

Afifah Jangan Menipu! – Aliff Aziz

PELAKON Aliff Aziz menyelar kenyataan Nur Afifah Nasir yang menganggap hubungannya dan isteri pelakon itu iaitu Bella Astillah sudah pun berbaik.

Aliff berkata, segala kenyataan yang diberikan oleh pelakon wanita itu adalah tidak benar dan hanya untuk membuktikan dirinya sebagai seorang yang tidak bersalah.

“Beberapa minggu lalu Afifah mengeluarkan kenyataan ketika ditemuramah media bahawa dia tidak bermusuh dengan Bella dan sedia memaaf serta melupakan insiden yang berlaku.

“Jika benar Bella kata dia sudah okey dengan semua ini ketika kamu hubungi dia di WhatAps, kenapa kamu tidak menunjukkan bukti itu kepada media?.

“Apa yang saya mahu katakan wanita ini (Afifah) suka membuat kenyataan yang hanya satu penipuan,” tulisnya di Instagram pada malam Sabtu menurut laporan Mstar Online.

Aliff turut meminta agar pelakon Pengantin Jatuh Dari Langit itu berdiam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar.

Kata penyanyi Sayang Sayang ini lagi, Afifah sepatutnya menunjukkan bukti jika benar mereka sudah berdamai dan Bella memaafkan perkara itu seperti didakwa.

“Seperti yang saya katakan, adalah sangat mustahil untuk kamu bercakap benar. Tapi lain kali tolonglah cuba bercakap benar atau jangan cakap apa-apa langsung,” katanya.

Sementara itu, berkenaan kenyataan Afifah yang tiada masalah untuk berlakon bergandingan dengannya sekali lagi, Aliff berkata, dia tidak mungkin menerima tawaran berlakon bersama wanita berkenaan.

“Dengar sini baik-baik. Saya tidak berhasrat untuk menerima apa-apa tawaran berlakon dengan kamu. Ia bukan kerana saya takut kepada kamu, atau kerana saya tidak bersalah tapi sebab bahaya untuk berada dengan orang yang suka menipu tanpa rasa bersalah dan memikirkan perasaan orang lain,” ujarnya.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");