Perak Hari Ini

Agihan Kerusi PRU- Keutamaan Pada Parti Boleh Beri Kemenangan

IPOH:Pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 oleh pakatan pembangkang akan memberi keutamaan kepada wakil dan parti yang mampu memberikan kemenangan kepada parti tersebut bagi mewakili sesuatu kawasan.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mana katanya pimpinan parti itu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya berlaku tiga penjuru pada PRU-14.

“Pimpinan perlu siap sedia sebarang kemungkinan malah rundingan kerusi masih berjalan yang mana sebahagian kecil masih belum dimuktamadkan akan diusahakan kepimpinan jawatankuasa agihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya,” katanya kepada media selepas menghadiri Jelajah Peduli Rakyat di Ulu Chemor hari ini.

Mengulas mengenai jumlah kerusi di Perak, jelas Azmin masih terlalu awal untuk diumumkan kepada semua bagaimanapun beliau mengakui masih terdapat beberapa kerusi berlaku pertindihan yang perlu diselesaikan segera.

Azmin terdahulu semasa menyampaikan ucapan mengulangi pendiriannya bahawa Perak merupakan ‘anak angkatnya’ dan membandingkan pelbagai kejayaan dimiliki Selangor dan Pulau Pinang dengan negeri Perak.

“Agihan bahan pilihan raya mula berjalan dan program penerangan di kampung-kampung adalah efektif bagi mereka melihat kejayaan kepimpinan pemimpin pembangkang,” katanya.

Mengulas mengenai keyakinan PKR untuk beroleh kemenangan di Perak, jelas Azmin penduduk negeri ini telah menunjukkan usaha mengubah negeri pada tahun 2008 yang lalu dan mereka akan melakukan perkara yang sama pada pilihan raya kelak.

Azmin turut menegaskan PKR juga akan memberikan peluang kepada kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam pembahagian kerusi yan masih lagi dalam perbicangan.

“Kita akan memberi kerusi kepada Bersatu, seperti PRK pada tahun 1999 kita tiada kerusi kerana masih baru tetapi kita diberi kerusi oleh DAP dan PAS sekarang masa kita memberi peluang Bersatu,Amanah namun proses masih berjalan.

“Boleh dikatakan sudah 80 peratus telah selesai dan tertinggal 20 peratus akan dibincangkan namun lebih baik selepas mengenalpasti jumlah sebenarnya sebelum kami umumkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");