Jenayah

Ahli Perniagaan Cedera Ditembak

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan cedera leher akibat ditembak tiga penyamun di kediamannya dekat Jaya Gading, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.58 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini bagi rawatan lanjut.

Menuruy BH Online, suspek yang melihat mangsa terbaring atas lantai bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta PERODUA Axia.

“Seorang daripada suspek tercicir dompet, namun hasil semakan lanjut mendapati dia dipercayai seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes mengikuti Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");