Membawang Hari Ini

Aishah Ditawar Jadi Duta Pil Kurus

KUALA LUMPUR: Pada awalnya kecoh kerana tiada pereka yang mahu menaja busana sehingga ia menjadi bualan hangat di laman sosial, apabila sudah tular, penyanyi, Aishah, kini diburu’ pengeluar pelbagai jenis produk pula.

Peserta musim keempat Gegar Vaganza (GV4) itu mengaku sejak isu baju kecoh, dia ditawarkan menjadi duta beberapa produk termasuk pil dan pakej melangsingkan badan serta fisioterapi.

“Saya hanya tertawa apabila menerima pelbagai tawaran. Bukan saja baju malah pakej untuk saya kuruskan badan dan sesi fisioterapi.

“Rupanya mereka (penonton) mengikuti perkembangan saya termasuk tahu saya ada masalah sakit lutut,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi Janji Manismu itu turut mendakwa menerima beratus-ratus khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej melalui media sosial dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang menyatakan hasrat mahu menjadi penaja.

“Saya terkejut sebaik berita mengenai pakaian saya tersebar, ramai yang tampil. Bukan saja secara terus kepada saya, malah ada yang melalui wartawan untuk menyatakan hasrat mereka.

“Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi berkerja dengan saya,” katanya.

Bagi memastikan tidak ada pihak berkecil hati, Aishah memberitahu, dia menerima busana daripada beberapa pereka dan membahagikan persalinan setiap minggu selagi bersaing di pentas GV4.

“Kalau saya bertahan hingga minggu kelapan, saya akan pakai baju mengikut senarai pereka yang berjumpa dengan saya.

“Saya tidak mahu mereka berkecil hati, kalau boleh saya mahu pakai semua, tapi bergantung kepada rezeki saya dalam GV4,” katanya.

Menyentuh mengenai penampilannya sejak minggu pertama pertandingan itu, Aishah mengaku selama ini dia mengambil mudah soal itu.

“Saya akan lebih serius mengenai penampilan selepas ini. Maklumlah banyak benda baharu… Malah, aplikasi Direct Message (DM) dalam Instagram pun saya baru tahu,” katanya tertawa besar.

Mengenai persaingannya dalam GV4, Aishah berkata, dia lebih selesa menjadi peserta ‘underdog’ dan berjanji memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

“Cabaran utama adalah masa dan kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Malam ini, Aishah meneruskan cabaran GV4 dengan tema Berdua Lebih Baik.

Aishah akan menyampaikan lagu Ceritera Cinta bersama Sam Innuendo yang juga bekas peserta GV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");