Sukan Hari Ini

Akademi Vietnam Lantik Giggs, Scholes

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs, bersetuju untuk menjadi pengarah bola sepak di akademi bola sepak Vietnam menerusi perjanjian selama dua tahun, lapor portal Stadium Astro.

Giggs pernah memainkan peranan sebagai pengurus sementara di Old Trafford sebelum menjadi pembantu kepada bekas bos Red Devils, Louis van Gaal, sebaik menggantungkan but.

Bagaimanapun, sejak menamatkan hubungan yang panjangnya dengan Red Devils, Giggs belum pernah menerima jawatan lain — meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa jawatan, termasuk yang terbaru di Leicester City dan Everton.

Giggs bakal mengambil tanggungjawab dalam Dana Promosi Bakat Bolasepak Vietnam (PVF), bermula 20 November nanti.

Dalam satu kenyataan laman sesawang akademi itu mendedahkan, tanggungjawab Giggs termasuklah melatih pemain dan jurulatih, mengambil bahagian dalam membina dan membangunkan PVF untuk menjadi pusat latihan bola sepak muda di Vietnam, sejajar dengan akademi bola sepak terkenal di seluruh dunia.

Bekas rakan sepasukan Giggs, Paul Scholes, juga telah diminta untuk mengambil peranan dengan kedua-duanya bersedia untuk menghadiri majlis perasmian pusat latihan PVF.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");