Membawang Hari Ini

Aliff Syukri, Sajat Rakam Single

PENGASAS kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri melangkah setapak lagi dengan penghasilan single terbaharu duet bersama usahawan, Nur Sajat.

Menerusi posting di laman Instagramnya, Aliff ada memuat naik video dia sedang merakamkan lagu terbaharunya itu di studio rakaman milik komposer Edry Abdul Halim.

Memetik laporan mStar Online, Aliff berkata, lagu ini dihasilkan dalam masa enam bulan dan melalui pelbagai cabaran sepanjang penghasilannya.

“Secara jujurnya agak susah untuk menghasilkan lagu ini, bayangkan sudah hampir enam bulan nak selesaikan benda ini.

“Pelbagai cabaran saya lalui dan akhirnya siap juga lagu ini, dengan bisnes dan mana masa saya nak berlatih vokal,” tulisnya di laman tersebut.

Menyebut mengenai single tersebut, Aliff masih belum mendedahkan tajuk lagu tersebut.

Ia mengisahkan tentang kekasih yang menjaga hubungan supaya pasangan mereka tidak berlaku curang.

“Lirik lagu ini ilhamkan untuk mereka yang sedang bercinta dan berkasih sayang, supaya tidak berlaku curang kepada pasangannya.

“Tak sabar rasanya nak upload muzik video lagu ini di YouTube serta dimainkan di televisyen dan radio.

“Semoga lagu ini dapat menceriakan hari anda yang mendengar,” katanya.

Bercakap mengenai muzik video (MV) yang akan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim itu, Aliff mendedahkan ia berkonsepkan antarabangsa dan bakal tular di Malaysia.

Sehingga kini, rakaman disebalik tabir itu menerima hampir 300,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

Meskipun ada pengikut yang mengecam di laman tersebut, namun masih ada yang meninggalkan komen berasa teruja untuk mendengarkan suara nyanyian Aliff dan Sajat.

“Suara Datuk sedap. Cuma bila Sajat masuk je lagu dari sedap jadi tak sedap. Maaf tak ada niat nak kutuk cuma beri pandangan ikhlas,” tulis akaun @_eidahhh.

“Saya beri 9/10 markah sebab mula-mula dengar dah sedap.. Bahagian lirik ‘abg nk tegur insan tercinta’ sedap sangat,” kata @aifiqj pula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");