Berita Hari Ini

Amaran Buat Peruncit, Pembekal Barangan

SELAMA – Jangan sorok bekalan makanan sepanjang musim tengkujuh dan banjir atau berdepan tindakan tegas, itu amaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pembekal dan peruncit.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembekal dan peruncit yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh membawa hukuman denda RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat jika sabit kesalahan.

Menurutnya, pihaknya juga mengarahkan pegawai dan Penguatkuasa KPDNKK melakukan pemantauan bagi memastikan bekalan mencukupi.

“Tambahan pula dalam musim kita menghadapi bencana yang dijangkakan bermula tidak lama lagi ini.

“Sepatutnya perasaan kita bukan hanya untuk mengambil keuntungan, tapi juga nak membantu mereka yang memerlukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Zakat Perbadanan Nasional Berhad (PNS), di Dewan Orang Ramai, Sungai Bayor, di sini hari ini lapor Sinar Harian.

Dalam perkembagan berkaitan, Hamzah berkata, beliau juga mengarahkan pegawai kementeriannya dengan kerjasama Friends of KPDNKK turun padang membuat pemantauan di setiap kawasan yang terlibat banjir.

“Ia adalah bagi memastikan tiada yang menjual bekalan makanan pada harga yang melampau,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");