Isu Panas

‘Amiruddin Masih Ada Tanggungjawab Bai’ah’

SHAH ALAM – “Beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam bai’ah yang beliau lafazkan,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diminta mengulas mengenai tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Bersatu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun terkejut dengan tindakan Amiruddin, namun Pas menghormati keputusan tersebut.

“Saya secara peribadi terkejut dengan tindakan beliau, kerana beliau bukanlah golongan yang bermasalah dengan parti dan seorang yang mudah berbincang.

”Namun Pas menghormati keputusan beliau,” katanya.

Terdahulu, satu pengumuman dibuat oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas menerima borang keahlian Amiruddin, yang diserahkan pada sidang media, hari ini.

Amiruddin berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat setelah Pas bertegas dengan pendirian parti itu untuk bersendirian dan tidak bersama Pakatan Harapan dalam PRU14.

Menurutnya, keputusan ini juga dibuat setelah mendapat konsultasi bersama rakan-rakan politik  bagi memastikan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan BN dapat dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");