Membawang Hari Ini

Anak-Anak Sindir Krisdayanti

Baru-baru ini pasangan Anang Hermansyah dan Ashanty mengadakan sambutan hari jadi yang cukup meriah buat anak kedua mereka, Arsya Akbar Pemuda Hermansyah yang turut dirasai Aurel dan Azriel Hermansyah.

Kedua-duanya sememangnya cukup menyayangi adik mereka walau berbeza ibu. Sepanjang majlis berlangsung, suasana ceria dengan gelak tawa mereka tidak henti-henti. Sementara Anang pula yang sememangnya sukakan acara kekeluargaan seperti ini dilihat sibuk melayani tetamu yang hadir.

Mereka sekeluarga memilih tema pakaian tentera untuk meraikan ulang tahun kelahiran Arsya yang pertama di sebuah hotel mewah di Jakarta. Gembira adik tirinya membesar dengan sihat, Azriel memuat naik sekeping gambar keluarga dengan keterangan yang membawa erti sangat mendalam.

“Keluarga yang baik dimulai dengan cinta, dibangunkan dengan kasih sayang, dan dipelihara dengan kesetiaan,” tulis Azriel di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.

Ramai di kalangan pengikut Instagram yang tersentuh dan memberi maklum balas positif di atas kata-kata yang ditulis oleh Azriel.

Tidak kurang juga yang berpendapat Azriel sepertinya menyindir rumah tangga Anang dan Krisdayanti (KD) yang pernah gagal di tengah jalan suatu ketika dulu. “Kenapa ayatnya seperti menyindir mummy ya,” ujar @chammy250.

Komen berani dikatakan mengaitkan KD dan keluarga baharunya yang tidak kelihatan di majlis yang sama.

Biarpun menerima undangan untuk sama-sama meraikan majlis ulang tahun tersebut namun kelibat KD tidak kelihatan pada acara tersebut.

Namun kehadirannya diwakili oleh dua orang buah hati kesayangannya iaitu Amora dan Kellen Lemos.

Ternyata, benar sekali ketidakhadiran KD cukup mengecewakan Azriel dan Aurel yang meraikan acara bersifat kekeluargaan tersebut. Dek kerana itu Aurel cuba memprotes dengan meninggalkan komen di salah satu foto KD.

“Tak pernah datang kalau diundang,” tulis Aurel Hermansyah di laman komen salah satu gambar KD dengan berani.

Bertambah panas apabila anak lelaki turut memberi komen berbaur serupa yang mempersoalkan tindakan KD itu.

“Tak datang majlis Arsya,” kata Azriel pula di laman yang sama, juga seakan memperli ibunya.

Pun begitu biarpun tidak dapat meraikan sambutan hari lahir tersebut diva popular itu tetap mengirim doa buat Arsya Hermansyah. Alasannya kukuh, kerana pada hari yang sama, KD terpaksa menghadiri acara lain bersama suaminya Raul Lemos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");