Sukan Hari Ini

Anak Buah Hodak Tidak Boleh Leka

SKUAD B-19 negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Indonesia tahun depan selepas muncul antara lima naib juara terbaik dalam peringkat kelayakan.

Tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F semalam, skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak mengharapkan ihsan pasukan lain untuk layak ke pusingan akhir.

Situasi itu berlaku disebabkan mereka sekadar mengakhiri saingan kelayakan di kedudukan kedua kumpulan dengan perbezaan tiga mata di belakang tuan rumah, Korea, walaupun mencatat tiga kemenangan.

Ia membabitkan kejayaan menewaskan Timor Leste, 3-1, Brunei 1-0 dan Indonesia 4-1, namun perubahan format pertandingan menyaksikan hanya aksi menentang skuad muda Garuda itu yang diambil kira, lapor Stadium Astro.

Selain itu, kemaraan skuad muda negara juga dibantu kemenangan Arab Saudi ke atas Yaman 2-1 dalam pertemuan yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Situasi itu membuatkan penganalisis bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, memberi peringatan agar skuad muda negara itu tidak mudah leka dan terus meningkatkan prestasi untuk mengelakkan diri daripada ketinggalan lebih jauh dengan kuasa besar bola sepak yang lain.

“Selepas melihat mereka beraksi, sebenarnya mungkin faktor pasukan lawan yang tidak begitu bersedia membuatkan Malaysia mampu menang,” kata Asmawi.

Kejayaan itu juga menyaksikan skuad negara muncul pasukan pelapis negara yang ketiga layak beraksi di pentas Asia selepas skuad B-22 dan B-16 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");