Jenayah

Anak Husam Tidak Mengaku Miliki Dadah

KOTA BHARU – Anak lelaki Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak mengaku salah atas dakwaan memiliki 20 gram (g) metamphetamine di mahkamah majistret, di sini, tadi.

Dakwaan terhadap Ahmad Syafi Husam, 29, dibuat di hadapan Majistret, Kamarul Hasyime Rosli.

Tertuduh didakwa memiliki berat kasar 20g di tepi sebuah rumah Kampung Jelutong, Jalan Pasir – Mas, Salor, di sini, pada jam 3.30 petang, Sabtu lalu lapor Sinar Harian.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 membawa hukuman penjara mininum dua tahun dan maksimun lima tahun serta sebat minimum tiga hingga sembilan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin, manakala tertuduh diwakili lima peguam diketuai Firdaus Mohd Yusuf.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");