Berita Hari Ini

Anggota Bomba Kerja Hari PRU Boleh Undi Pos

PUTRAJAYA – Selain warga Malaysia di luar negara yang berdaftar dengan pihak kedutaan, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bakal menyaksikan ahli bomba untuk mengundi melalui pos.

Berita gembira itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim selepas mendapat kelulusan secara rasmi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bulan lalu.

Kebenaran khas itu ujar beliau akan membolehkan semua pegawai dan anggota JBPM yang diarahkan berkhidmat semasa tarikh PRU tersebut untuk membuang undi mereka melalui pos dengan beberapa hari lebih awal.

Wan Mohd, Nor berkata, kelulusan pengundian secara pos tersebut diperoleh daripada pihak SPR pada 23 Oktober lalu selepas JBPM menghantar permohonan rasmi pada pertengahan tahun ini.

“Kebenaran ini bagaimanapun diberikan hanya kepada pegawai dan anggota bomba yang disahkan perlu bertugas di seluruh negara tanpa mengira waktu siang atau malam ketika hari PRU itu berlangsung.

“Mereka perlu mengisi borang yang diberikan oleh SPR untuk membuang undi dalam PRU nanti,” kata Wan Mohd. Nor kepada pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan JBPM di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Nor, hari pengundian ketika pilihan raya merupakan waktu yang paling kritikal kerana pihaknya perlu menjaga pelbagai aspek keselamatan dan tidak boleh meninggalkan tempat pengiraan undi.

Sehubungan itu, jelas beliau, cuti sebahagian besar daripada anggotanya juga akan dibekukan seminggu sebelum dan selepas PRU bagi membuat segala persiapan rapi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");