Sukan Hari Ini

Arsenal Pernah Menang Hasil Gol Kontroversi: Guardiola

PEP Guardiola menempelak pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang cuba mempertikaikan keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 3-1 di Etihad malam tadi.

Tegas Guardiola, keputusan tidak tepat daripada pengadil adalah lumrah dalam bola sepak dan sepatutnya Wenger tidak lagi merungut mengenai perkara itu kerana beliau juga pernah menang hasil gol kontroversi.

“Mungkin Wenger lupa, tahun lalu pasukannya pernah menang ke atas Burnley hasil gol ‘handball’ daripada Laurent Koscielny di minit ke-96.

“Jadi, ia bukan isu besar. Penalti adalah penalti, gol offside adalah offside. Saya juga tidak menyukai bila menang dengan cara itu. Tapi, itulah adat bola sepak. Kita tidak boleh menyalahkan pengadil kerana mereka juga manusia biasa,” katanya.

Tambah Guardiola, beliau merasakan pasukannya memang layak memenangi perlawanan itu kerana mempunyai lebih banyak peluang berbanding pasukan alwan.

“Kami memang layak menang kerana cara kami bermain dan peluang-peluang yang kami ciptakan adalah lebih baik daripada mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");