Membawang Hari Ini

“Asyik-Asyik Kena Kecam, Apa Salah Saya?” – Uqasha

PELAKON, Uqasha Senrose merupakan artis tanah air yang sering menjadi tumpuan ramai dek pelbagai kontroversi panas yang melanda dirinya.

Terdahulu, anak jati kelahiran Kelantan ini pernah menjadi buah mulut netizen kerana keputusannya untuk kembali freehair selepas tiga tahun berhijab.

Dalam satu kejadian yang lain pula, Uqasha  teruk menerima kecaman apabila pakaian yang digayakan ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 tempoh hari dikatakan tidak sesuai.

Tidak lama kemudian, timbul pula satu lagi isu di mana netizen mendakwa pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ini menyunting gambar semata-mata untuk kelihatan kurus.

Ekoran kerap berdepan dengan kontroversi, pelakon ini mengakui hairan dan tertanya-tanya mengapa dirinya sering menjadi ‘bahan’ kecaman dalam kalangan netizen.

Pelakon berusia 25 tahun ini berkata sepanjang melibatkan diri dalam industri seni, dirinya tak pernah lari daripada menjadi ‘sasaran’ kritikan peminat.

Keadaan itu membuatkan Uqasha kurang faham apakah sebenarnya yang salah dan kekurangan dirinya di mata para peminat.

“Apa sebenarnya salah saya kerana sering sahaja dikecam dan dihentam di media sosial.

“Saya juga hairan dengan tindakan sesetengah netizen yang tidak penat-penat mengecam dengan memuat naik komen-komen pedas di akaun media sosial saya.

“Boleh dikatakan dalam seribu komen yang diberikan netizen, hampir semuanya berbaur hentaman dan ada sesetengah itu mengaibkan saya.

“Sejujurnya saya tak tahu nak buat macam mana lagi kerana setiap perbuatan saya pasti dikecam dan ia seolah-olah menunjukkan ramai sangat yang tidak sukakan saya.

“Bahkan isu buka tudung dua tahun lepas pun masih dibangkitkan semula dan saya berharap agar netizen dapat beri ruang kepada saya dengan menilai hasil kerja saya,”katanya dipetik Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Uqasha dikatakan baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem, Hantu Kak Limah Balik Rumah 2.

Selain Uqasha, filem ini turut menampilkan beberapa barisan pelakon hebat yang lain antaranya Dato’ Awie dan Zul Ariffin. – MYNEWSHUB.CC/AM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");