Jenayah

Asyik Tidur, Gelandangan Nyaris Lemas Tertimbus Sampah

PHILADELPHIA: Seorang lelaki gelandangan yang asyik tidur di dalam sebuah tong sampah berjaya diselamatkan pihak bomba Philadelphia daripada lemas tertimbus sampah yang sedang diangkut masuk.

Dalam insiden sekitar 6 pagi itu, lelaki berkenaan dipercayai tertidur dalam sebuah tong sampah besar sebelum sebuah lori sampah memunggahnya dengan menggunakan mesin untuk memadatkan sampah berkenaan.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan lelaki berkenaan memetik laporan Astro Awani.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital Temple University untuk mendapatkan rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");