Berita Hari Ini

Atasi Isu Harga Minyak – Zahid

BAGAN DATUK – Kerajaan akan membincangkan beberapa mekanisme bagi menangani isu kenaikan harga bahan api dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan mesyuarat itu bagi memperhalusi beberapa cadangan menangani isu berkenaan.

Menurutnya, terdapat beberapa pilihan cadangan berhubung isu kenaikan harga bahan api dan ia dibincangkan bagi membantu rakyat yang terkesan.

“Kita sedang kaji, ada banyak pilihan, esok kita bentangkan kepada Economic Council (Majlis Ekonomi Negara) yang dipengerusikan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri akan umumkan (jika ada apa-apa keputusan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ahmad Zahid mengulas desakan dan permintaan rakyat dan pelbagai pihak yang mahu kerajaan campur tangan dan menaikkan subsidi bagi mengatasi isu kenaikan harga minyak dalam tempoh beberapa minggu sebelum ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan menaikkan kadar subsidi dan campur tangan jika harga minyak mencapai RM3 seliter, Ahmad Zahid berkata, perkara itu antara cadangan yang dalam kajian kerajaan ketika ini.

“Tunggu keputusan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, peningkatan harga minyak disebabkan peningkatan harga bahan itu di pasaran dunia dan penentuan harga di negara ini mengikut kaedah pengumuman secara mingguan. – myMetro Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");