Perak Hari Ini

Bajet Negeri 2018: Kerajaan Negeri Diharap Dapat Memperkasakan NGO Sebagai Kuasa Ketiga

IPOH: Kerajaan Negeri diharap dapat memperkasakan institusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Perak khususnya dalam usaha menjadikan ia sebagai kuasa ketiga dan penghubung antara kerajaan negeri dan rakyat.

Pengerusi NGO Ipoh City Watch dan Koperasi Alam Hijau Perak Berhad (KOHIJAU), Profesor Madya Dr Richard Ng, berkata beliau berharap melalui belanjawan negeri yang bakal dibentangkan pada minggu hadapan ini, dapat memberi penekanan khusus kepada 6,000 NGO di negeri ini.

“Dalam usaha hendak menjadikan NGO ini sebagai kuasa ketiga dan pada masa sama, sebagai mata dan telinga kerajaan negeri, kita memohon agar bajet kali ini, dapat diagihkan kepada semua NGO, berdasarkan impak, prestasi dan nilai sumbangan mereka kepada masyarakat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Pesta Cahaya Deepavali 1Malaysia di Dewan Bandaraya Ipoh, dekat sini, pada Sabtu.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna,NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan, bersama-sama 500 orang yang terdiri daripada 25 NGO negeri serta tiga agensi kerajaan.

Dalam majlis tersebut Samsudin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil NGO dan 100 kotak sumbangan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada golongan yang memerlukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");