Perak Hari Ini

Bajet Negeri Perak: MB Perak Tak Ambil Peduli Kritikan Pembangkang

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan Kerajaan Negeri Perak mempunyai identitinya yang tersendiri melibatkan pembentangan Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

Malah jelasnya, pembentangan bajet yang meliputi keseluruhan aspek lima fokus utama dan terbukti dengan kejayaan ditempa oleh para penerima insentif bantuan oleh Kerajaan Negeri selama ini.

Katanya, tindakan pihak pembangkang membandingkan kelebihan negeri ini dengan negeri diperintah pihak pembangkang sebagai satu tindakan tidak adil.

“Kita tidak mahu membuat perbandingan dengan negeri lain kerana Perak mempunyai konteks tersendiri malah ia terbukti dengan kisah kejayaan penerima bantuan dalam bidang masing-masing.

“Namun ada pihak yang mengatakan bahawa Perak ada apa? kalau tidak perbetulkan persepsi ini ada kalangan yang mempercayai pihak pembangkang ini terutama Nga Kor Ming menyebutkan itu dalam tweetnya selepas pembentangan bajet Negeri Selangor sebagai ahli dewan yang ada pengalaman tindakan itu tidak wajar dan tidak adil,” katanya dalam satu sidang media sejurus pembentangan bajet Negeri Perak bagi tahun 2018 hari ini.

Katanya lagi, pembentangan bajet selama ini telah menyatakan sejumlah 42 inisiatif untuk kepentingan rakyat menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

“Ia meliputi segala bentuk pembangunan,dasar dan pelan pembangunan pada masa hadapan dan pandangan sinis daripada pihak pembangkang pastinya tidak akan mengatakan bajet ini adalah baik.

“Saya tidak kisah semua itu kerana apa yang dilakukan adalah untuk rakyat negeri Perak dan kita akan terus lakukan semua perancangan termasuk pembasmian kemiskinan yang tetap diteruskan,” katanya.

Jelasnya lagi, pemimpin perlu memberikan contoh yang baik dan sekiranya pemimpin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ia akan memberi kesan buruk kepada orang yang mendengarnya.

“Kita sentiasa mengambil maklum keadaan sekeliling dan menjaga keharmonian negara kerana kita ada pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli jadi kita perlu jaga tutur kata dan sensitiviti semua pihak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");