Jenayah

Banjir Paling Teruk Landa SPU

KEPALA BATAS: “Tak pernah teruk seperti ini,” demikian luahan seorang penduduk Taman Bertam Indah, Roazizi Saad, 55, apabila rumah yang didiaminya selama 20 tahun dinaiki air akibat banjir kilat, pagi tadi.

Menurut jurutera syarikat penerbangan itu, air naik hingga ke paras lutut memaksa dia bersama isteri serta seorang anak berpindah ke pusat pemindahan berdekatan.

Katanya, hujan lebat serta air pasang menyebabkan lebih 200 rumah di kawasan itu tenggelam serta beberapa laluan utama terpaksa ditutup menjadikan penduduk tidak dapat ke mana-mana.

“Selepas 20 tahun menetap di sini, ini kejadian banjir kilat paling buruk berlaku, walaupun sebelum ini berlaku banjir kilat biasa sahaja.

“Syukur, alhamdulillah ia tidak menyebabkan kejadian lebih buruk apabila penduduk sempat berpindah secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kawasan Seberang Perai Utara (SPU) menjadi daerah paling teruk terjejas ekoran banjir yang melanda Pulau Pinang akibat hujan lebat sejak semalam.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, SPU mencatatkan seramai 2,588 mangsa, Seberang Perai Tengah (500), Seberang Perai Selatan (25), Timur Laut (291) dan Barat Daya (379).

Sebanyak 19 pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dalam kawasan SPU setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");