Perak Hari Ini

Bantu Ibu Bapa Sediakan Keperluan Persekolahan

SELAMA: Sesi persekolahan 2018 bakal bermula dua bulan sahaja lagi pastinya ibu bapa sibuk membuat persiapan membeli barangan keperluan anak.

Namun bukan semua ibu bapa bernasib baik mampu menyedia barang persekolahan baharu kepada anak mereka.

Bagi keluarga yang kurang berkemampuan bantuan barangan persekolahan diterima menerusi ‘Program Bantuan Persekolahan 2018’ sumbangan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Majlis Belia Daerah Selama dan Umno Bahagian Larut disifatkan sebagai satu usaha murni untuk meringankan beban mereka.

Penerima sumbangan, Nurul Hazwani Mohamed Kassin 16 mengakui berasa terharu apabila menerima bantuan persekolahan menerusi program itu.

“Saya berasa amat bersyukur dengan pemberian bantuan ini kerana sedikit sebanyak ia meringankan beban keluarga.

“Saya akan memanfaatkan keperluan persekolahan diterima ini” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mohd Zaidi Dollah selaku penggerak utama program ini berkata, kerjasama kali pertama di Parlimen Larut antara PNS dan YPM diharap akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

Katanya lagi, pihaknya sentiasa akan membantu pelajar di luar bandar supaya mereka tidak tercicir menerima dalam menerima bantuan malah kerajaan mengutamakan bidang pendidikan yang menjadi teras dan hala tuju pelajar pada masa depan.

Menurutnya, tanggungjawab ini bagi membantu supaya bidang pendidikan tidak mempunyai jurang dan seiring bagi mencapai kejayaan cemerlang.

“Sebab itu, kami bersama-sama turun ke bawah membantu pelajar supaya mereka terus menerima sumbangan bagi meningkatkan pendidikan.

“Hanya ilmu pendidikan yang mampu mengubah kehidupan keluarga di mana rata-rata mereka terdiri daripada anak-anak penoreh,” katanya selepas Penyampaian Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Felda Ijok , hari ini yang dirasmikan oleh Datuk Faizol Arby merangkap Ketua UMNO Bahagian Larut.

Pada program itu lebih 100 pelajar sekolah menengah dan Sekolah Kebangsaan di Dun Kubu Gajar dan sebahagian penerima dari Dun Batu Kurau menerima baucar persekolahan bagi membolehkan mereka membeli buku dan peralatan sekolah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");