Jenayah

Bebal Punya Pemandu

SEGALA-GALANYA telah dipelajari ketika mengambil kelas memandu, baik memberi signal ketika membelok mahupun hendak memotong kenderaan.

Namun sikap degil pemandu ini yang mengingkari peraturan jalan raya bukan saja membawa bencana kepada diri malah turut melibatkan keselamatan dan menyusahkkan pemandu lain.

Menerusi rakaman video yang dipercayai berlaku pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ranau, Sabah, ia menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah pacuat empat roda dengan kereta pelbagai guna (MPV).

Kejadian dikatakan berpunca akibat daripada sikap pemandu pacuan empat berkenaan yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar.

Menyebabkan sebuah MPV yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pemandu bebal tersebut.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu pacuan empat roda terbabit yang memandu secara berbahaya sehingga menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu,” kata Araish.

“Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan,” kata Fatty.

Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana memotong di garisan berkembar.

Rakaman video berdurasi satu minit 58 itu sehingga kini telah dikongsi lebih 15,000 kali dan ditonton hampir dua juta pengguna Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");