Membawang Hari Ini

Benarkah Fattah Amin Dan Fazura Bakal Nikah Di Makkah?

Selepas beberapa ketika hangat diperkatakan hubungan antara Fattah Amin dan Nur Fazura namun sehingga kini kedua-dua pelakon ini masih belum membuat sebarang pengakuan.

Seronok sangat main tarik tali dengan media agaknya.

Difahamkan Fattah Amin dan Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Ada berita baik ke dari kedua-dua pelakon ini. Kita harap hubungan kedua-duanya sampai ke jinjang pelamin.

“Kami, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.”demikian menurut mereka menerusi satu kenyataan.

Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan dikongsikan di waktu terdekat ini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,”

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");