Perak Hari Ini

Bina Taman Herba Dalam Sekolah

IPOH:Sebelum ini pembelajaran lebih banyak berada di bilik darjah, peluang yang diberikan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pengakalan Baru (SKPB), memberikan sesuatu yang cukup bermakna.

Peluang mendekati dan melihat secara dekat pokok herba serta mempelajari rahsia kegunaannya sejak zaman-berzaman sama ada untuk tujuan perubatan atau masakan menjadikan pelajar lebih memahami serta menghargai tumbuhan herba ini.

Lebih menarik apabila ia berlaku dalam persekitaran sekolah apabila mereka menukar sepetak tanah di laman sekolah menjadi Taman Herba Mini yang diuruskan oleh pihak sekolah dan ahli Kelab Sains SKPB, ditaja Tecso Stores Sdn Bhd.

Edible Landskap dan taman herba ini kini dihiasi 25 spesies pokok boleh dimakan dan digunakan untuk tujuan perubatan termasuk pudina,gelenggang, dan serai.

Menurut Guru Besar Sekolah SKPB,Rosli Khalid berkata ia adalah satu program pintar dengan kerjasama dengan pihak Tesco,Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan pejabat Daerah Batu Gajah menerusi sekolah anak angkat Yayasan Pintar Tesco.

“Satu taman herba merupakan julung kalinya dianjurkan dan menjadi sekolah pertama yang mendapat sumbangan yang banyak daripada pihak Mardi,” katanya pada majlis perasmian di sini hari ini.

Majlis terdahulu telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Mat Jaafar Mat Zin.

Turut hadir sama Pengurus Pusat Pengedaran Segar Tesco Berhad, Zaharuddin Zainol.

Jelasnya lagi, semua kelab sekolah disaran supaya bekerjasama menjaga dan memastikan taman herba berfungsi seperti yang diharapkan.

Sementara itu menurut Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Tecso Malaysia, Siddiq Sulaiman Zainal Azhar berkata usaha ini merupakan salah satu pengisian bagi siri program sekolah angkat yang dijalankan oleh agensi ini.

“Hasrat kami adalah menyediakan taman herba di sekolah-sekolah dibawah program ini untuk mendidik pelajar mengenali tumbuhan juga pemakanan sihat, kaedah mengelakkan pembaziran makanan dan penanaman pertanian di bandar,” katanya.

Katanya SKPB merupakan sekolah ke-9 daripada 61 sekolah terpilih yang menerima sumbangan bagi pembinaan taman herba mini tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");